Soalan-soalan Lazim Mengenai Roadtax

Baca artikel ini untuk menjawab persoalan lazim tentang roadtax di Malaysia yang mungkin dapat membantu anda.

Roadtax BM

Written by:

Cukai jalan kereta atau lebih dikenali sebagai roadtax kereta adalah diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk diambil bagi setiap pemilik kenderaan di atas jalan raya. Buat pemilik kenderaan bermotor, adalah menjadi rutin tahunan buat anda untuk perbaharui roadtax roadtax dan insurans.

Walaupun begitu, pasti ada persoalan-persoalan berkenaan roadtax yang menjadi tanda tanya untuk kebanyakan pemandu bukan? Lebih-lebih lagi bagi individu yang baru sahaja membeli kereta, motosikal dan tidak biasa dengan proses pembaharuan cukai.

Di sini, kami sertakan soalan-soalan lazim mengenai roadtax di Malaysia yang mungkin dapat membantu anda.

Bolehkah perbaharui roadtax tanpa insurans?

Jawapannya, tidak boleh.

Anda harus memperbaharui insurans terlebih dahulu untuk mendapatkan roadtax bagi kenderaan anda. Sekiranya anda pergi ke pejabat JPJ untuk perbaharui roadtax kereta, anda akan diminta untuk memperbaharui insurans kereta terlebih dahulu.

Bolehkah perbaharui roadtax sekiranya mempunyai saman tertunggak?

Jawapannya, tidak boleh.

Semasa proses pembaharuan roadtax, perkhidmatan dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memeriksa sebarang saman tertunggak dan rekod senarai hitam di kedua-dua sistem pangkalan data JPJ dan PDRM.

Untuk meneruskan proses pembaharuan roadtax anda, anda perlu membuat pembayaran untuk saman senarai hitam JPJ dan PDRM dahulu.

Bolehkah perbaharui roadtax kalau dah tamat 3 tahun lepas?

Jawapannya, boleh dengan syarat pemeriksaan PUSPAKOM telah disiapkan.

Temujanji PUSPAOM boleh dibuat melalui laman web PUSPAKOM ataupun aplikasi MyPUSPAKOM.

Baca artikel ini untuk menjawab soalan-soalan lazim tentang roadtax yang mungkin dapat membantu anda
Pemeriksaan kereta di PUSPAKOM bagi roadtax yang sudah melewati tarikh luput lebih daripada 3 tahun

Bolehkah saya membatalkan roadtax?

Jawapannya, boleh bagi sebab-sebab tertentu.

Antara sebab-sebab yang boleh diterima untuk membatalkan roadtax adalah pertukaran pemilik atau pertukaran jenis insurans.

Apakah proses turutan pembatalan roadtax kereta?

  1. Cabut roadtax kereta yang telah ditampal pada cermin kereta sebelum ini.
  2. Buat salinan kad pengenalan pemilik.
  3. Pergi ke bank untuk mengambil penyata bank yang telah disahkan cop oleh pihak bank
  4. Pastikan nama anda serta nombor akaun adalah sama untuk pengesahan pihak bank.
  5. Bawa roadtax kereta serta dokumen di atas ke cawangan JPJ terdekat.
  6. Duit bayaran balik akan diproses dalam masa 1 bulan (bergantung) dan akan ditransfer ke akaun anda.
  7. Dapatkan resit daripada pihak JPJ.

Perbaharui Roadtax di Bjak.my

Ada yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk memperbaharui roadtax memandangkan ini kali pertama anda menguruskan hal berkaitan? Jangan risau. Anda boleh layari laman web Bjak untuk perbaharui roadtax anda dengan lebih cepat dan proses yang mudah!