Kenapa anda perlu jujur menjawab dalam permohonan insurans nyawa anda?

Info

Written by:

Anda menyedari bahawa anda memerlukan insurans hayat. Jadi anda membuat kajian dan membandingkan sebut harga insurans daripada pelbagai penyedia insurans, untuk mencari perlindungan dan premium terbaik.

Selepas mendapatkan padanan terbaik, mata anda pantas mengimbas lalu borang permohonan insurans nyawa. Anda berhenti di soalan yang bertanyakan: Adakah anda seorang perokok?

Anda renung soalan tersebut: Saya boleh dapatkan premium yang rendah sebagai seorang yang tidak merokok. Jadi apa kata tipu sahaja? Saya memang ada rancangan untuk berhenti merokok pun.

Tanamkan niat anda itu. Menipu dalam permohonan insurans anda adalah penipuan yang boleh menyebabkan kos yang tinggi.


Apa itu ‘penipuan insurans’?

Ia membantu untuk anda fahami terlebih dahulu, apa itu maksud penipuan insurans. Ia adalah penipuan atau ketidakjujuran yang disengajakan, sama ada daripada pihak pembeli (pemegang polisi) atau penjual (penyedia insurans atau ejen insurans) mengenai polisi insurans, bagi tujuan keuntungan kewangan yang tidak wajar.

Bagi pembeli insurans, antara penipuan yang ‘paling biasa’ yang harus anda jauhi adalah penipuan permohonan.


Apa itu ‘penipuan permohonan’?

Apabila anda menyembunyikan maklumat dengan sengaja atau secara terang-terangan, menipu dalam permohonan insurans nyawa anda, itu adalah penipuan permohonan.

Sebagai contoh, anda mendakwa bahawa anda bukan seorang perokok dalam permohonan insurans nyawa anda. Tetapi, laporan perubatan anda menunjukkan sebaliknya. Anda sebenarnya adalah perokok dan sudah lama merokok sebelum membuat permohonan insurans nyawa.


Apa akan jadi jika anda menipu dalam permohonan insurans nyawa anda?

Menipu dalam borang permohonan insurans anda boleh menyebabkan masalah besar sekiranya rahsia anda didedahkan. Berikut adalah merupakan kesan serius akibat penipuan anda dalam permohonan insurans nyawa anda.


1. Permohonan insurans nyawa anda berkemungkinan akan ditolak

Semasa anda mengisi permohonan insurans nyawa anda, anda mungkin berfikiran yang anda akan selamat sekiranya anda menipu. Ada kemungkinan dimana penyedia insurans tidak akan mengetahuinya. Tetapi jangan tersilap.

Penyedia insurans mempunyai sumber yang luas untuk mengesahkan maklumat yang anda serahkan kepada mereka. Di antara sumber tersebut, mereka boleh mengakses rekod perubatan anda. Apabila anda memohon insurans nyawa, anda juga menandatangani kebenaran pelepasan rekod perubatan. Kebenaran ini membenarkan penyedia insurans anda untuk mengakses dan menyemak rekod perubatan anda.

Katakan jika anda menyatakan bahawa anda bukan seorang perokok (sebenarnya anda adalah seorang perokok), ketahui bahawa lambat laun, penyedia insurans akan mengetahuinya dan menghukum anda dengan menolak permohonan anda. Untuk kes ini, anda mungkin harus bermula semula daripada peringkat awal dan dapatkan insurans yang baru daripada peyedia lain, sekiranya anda layak.

2. Anda akan dicaj dengan premium insurans nyawa yang lebih tinggi

Kebanyakan pemohon menipu dalam permohonan insurans mereka untuk mendapatkan premium yang rendah. Contohnya, anda boleh mendapatkan premium yang rendah sekiranya anda bukan seorang perokok berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh penaja jamin insurans. Tentu sahaja, anda boleh menikmati premium yang rendah sekarang, tetapi bagaimana jika penyedia insurans anda dapat tahu yang anda menipu dalam permohonan anda?

Senario terburuk boleh terjadi dimana polisi anda akan dianggap tidak sah, yang bermaksud anda tidak akan mendapat satu sen pun daripada insurans yang anda bayar selama bertahun-tahun.

Senario terbaik adalah permohonan anda masih boleh diluluskan untuk mendapat perlindungan tetapi akan dikenakan premium yang lebih tinggi.

Dalam mana-mana kes, menipu dalam permohonan anda adalah tidak berbaloi kerana anda boleh kehilangan kesemua duit yang anda laburkan ke atas insurans anda, sejurus selepas penyedia insurans anda dapat tahu tentang penipuan anda.

3. Manfaat kematian anda mungkin dikurangkan atau ditolak

Anda membayar insurans nyawa agar tanggungan anda akan dilindungi dari segi kewangan walaupun selepas ketiadaan anda lagi. Bayangkan betapa dahsyatnya bagi tanggungan anda untuk mengetahui bahawa mereka tidak dapat pembayaran tunai daripada insurans anda kerana anda menipu dalam permohonan anda.

Ketahui bahawa setiap polisi insurans nyawa disertakan dengan ‘tempoh pertikaian’ selama satu hingga dua tahun kebiasaannya selepas polisi anda aktif. Dalam tempoh ini, penyedia insurans anda dibenarkan untuk menyemak polisi dan perlindungan anda.

Katakan sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh ini, penyedia insurans anda berhak untuk menyiasat. Sekiranya mereka mengetahui bahawa anda menipu dalam permohonan insurans nyawa anda, mereka mempunyai alasan yang sah untuk mengurangkan atau menolak pembayaran tunai sepenuhnya kepada benefisiari anda. Pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada benefisiari anda, bukan?


Anda tidak perlu menipu dalam permohonan insurans nyawa anda untuk mendapatkan premium yang rendah

Sama ada anda menipu mengenai penggunaan tembakau, sejarah perubatan, atau pekerjaan anda, jangan sekali-kali cuba untuk menipu permohonan insurans nyawa anda.

Terdapat cara yang sah untuk mendapatkan premium insurans yang lebih rendah. Di Bjak, anda boleh mendapatkan polisi insurans nyawa dan perubatan ‘semua dalam satu ’ yang menjimatkan dompet anda. Ubahsuai polisi anda sesuai dengan bajet dan keperluan anda di sini: https://bjak.com/life/bm/

(Sources: Insuranceopedia, PolicyMe, RinggitPlus)