Kenapa Anda Perlu Beli Insurans Kereta Komprehensif?

Jika anda tak pasti insurans mana yang anda patut dapatkan, di sini kami kongsikan sebab anda perlu beli insurans kereta komprehensif.

Insurans Kereta

Written by:

Ramai yang tanya kami: Patut beli insurans kereta komprehensif ke pihak ketiga? Jika anda pun tak pasti insurans mana yang anda patut dapatkan, di sini kami kongsikan sebab anda perlu beli insurans kereta komprehensif.

Fahami jenis-jenis Insurans

Jom kita lihat dulu tiga jenis insurans yang ada di pasaran:

  1. Insurans Komprehensif (atau lebih dikenali sebagai 1st party)
  2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
  3. Insurans Pihak Ketiga

Secara ringkasnya, perbezaan jenis-jenis insurans boleh dirujuk di gambar di bawah:

Jenis-jenis insurans kereta
Jenis-jenis insurans kereta di Malaysia

Kenapa anda perlu beli insurans kereta komprehensif?

Berdasarkan fungsi jenis insurans yang disebutkan di atas, kami kongsikan empat sebab kenapa anda perlu beli insurans komprehensif.

Boleh buat tuntutan kemalangan

Jika anda membeli insurans kereta komprehensif, kereta anda bukan sahaja dilindungi untuk kes kebakaran dan kecurian, malah untuk pembaikan atau repair kereta akibat kemalangan jalan raya

Sebagai contoh, sekiranya anda didapati bersalah melanggar kereta pihak ketiga, insurans komprehensif akan melindungi kereta anda dan juga kereta pihak ketiga. Apabila kereta anda dibaiki di bengkel panel insurans, anda tidak perlu mengeluarkan duit anda sendiri untuk kos pembaikan kereta kerana akan ditanggung oleh insurans. 

Bayangkan kereta anda mempunyai insurans pihak ketiga, kebakaran & kecurian atau insurans pihak ketiga, adakah anda mampu untuk membayar kos pembaikan kereta anda? Lebih menyedihkan, sekiranya kereta anda kemalangan sehingga tidak dapat dibaiki atau total loss, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan daripada insurans anda sekiranya anda di pihak yang salah. 

Tetapi, jika anda mempunyai insurans komprehensif, anda akan mendapat pampasan daripada insurans anda sekiranya kereta anda kemalangan sehingga total loss. Walaupun anda didapati bersalah dalam kemalangan tersebut, anda masih akan mendapat pampasan mengikut nilai pasaran (market value) atau nilai dipersetujui (agreed value) mengikut polisi insurans anda.

Boleh buat tuntutan kemalangan jika memiliki insurans komprehensif
Anda boleh membuat tuntutan kemalangan ke atas kereta anda jika memiliki insurans komprehensif

Boleh dapat khidmat tunda percuma

Insurans komprehensif juga menawarkan pelbagai perlindungan sampingan secara percuma. Sebagai contoh, kebanyakan insurans menawarkan khidmat tunda atau towing secara percuma terhad kepada jarak perjalanan.

Manfaat ini hanya eksklusif kepada pemegang polisi insurans komprehensif. Jadi anda tak perlu susah hati kalau tiba-tiba kereta anda mati di tengah jalan. Cuma perlu hubungi pihak insurans dan dapatkan bantuan tunda secara percuma.

Boleh dapat khidmat tunda percuma jika memiliki insurans komprehensif
Sesetengah insurans menawarkan khidmat tunda atau towing secara percuma kepada pemegang polisi insurans komprehensif

Boleh dapat bantuan kecemasan 

Selain towing, pemegang polisi insurans komprehensif juga boleh mendapatkan bantuan kecemasan di jalan raya secara percuma, terhad kepada terma dan syarat. Antara bantuan yang anda boleh dapatkan ialah jump start, ganti bateri kereta, gantikan tayar, isi semula tangki minyak dan kerja-kerja pendawaian kecil.

Boleh dapat bantuan kecemasan jika memiliki insurans komprehensif
Anda boleh dapatkan bantuan kecemasan di jalan raya secara percuma jika memiliki insurans komprehensif

Boleh buat tuntutan untuk cermin kereta

Dengan memiliki insurans komprehensif, anda boleh membuat tuntutan ke atas penggantian cermin kereta. Tetapi diingatkan di sini, jika anda memilih untuk menggantikan cermin kereta tanpa tambahan perlindungan, tuntutan yang dilakukan akan menyebabkan anda kehilangan No Claim Discount (NCD) atau Diskaun Tanpa Tuntutan (DTT) anda. NCD anda akan ditetapkan semula kepada 0% apabila anda renew insurans kereta pada tahun berikutnya. Tapi jangan risau, anda mempunyai alternatif lain.

Anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan cermin kereta. Hanya pemegang polisi insurans komprehensif sahaja yang boleh mendapatkan perlindungan tambahan seperti cermin kereta.

Boleh buat tuntutan cermin kereta jika memiliki insurans komprehensif
Anda boleh membuat tuntutan cermin kereta jika anda memiliki insurans komprehensif

Insurans komprehensif terhad kepada usia kereta

Berminat untuk dapatkan insurans komprehensif? Usia kereta anda memainkan peranan untuk mendapatkan polisi insurans ini. Kebiasaannya, insurans komprehensif diluluskan untuk kenderaan yang belum melepasi tahap umur tertentu. Terdapat insurans yang meletakkan 16 tahun atau setinggi 25 tahun sebagai usia maksimum usia kereta yang layak mendapatkan insurans komprehensif.

Sekiranya anda membeli kereta yang baru dikeluarkan dan menggunakan pinjaman bank, anda diwajibkan untuk membeli insurans komprehensif. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli sebuah Proton Saga yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan anda membuat pinjaman bank untuk membeli kereta tersebut, anda diwajibkan untuk membeli insurans komprehensif.

Adakah semua kereta perlu mempunyai insurans komprehensif?

Tidak semestinya. Sekiranya kereta anda sudah berusia, mempunyai anggaran kos pembaikan yang rendah, dan tidak mempunyai hutang dengan pihak bank, anda mungkin tidak memerlukan atau tidak layak mendapatkan polisi insurans ini.

Baca lebih lanjut mengenai jenis perlindungan kereta: Cara untuk memilih jenis perlindungan kereta

Dapatkan insurans komprehensif di Bjak

Kami telah kongsikan di atas beberapa sebab anda perlukan insurans kereta komprehensif. Untuk perlindungan yang menyeluruh, pilihlah jenis insurans yang sesuai untuk kereta anda. Bandingkan perlindungan yang ditawarkan oleh setiap jenis insurans sebelum beli atau renew insurans kereta anda.

Mungkin anda berminat untuk dapatkan insurans komprehensif tetapi risau dengan premium yang lebih tinggi? Jangan risau, anda boleh bandingkan sehingga 15 insurans kereta di Bjak. Yang lagi best, anda boleh bayar premium secara ansuran atau instalment dalam tempoh 6 atau 12 bulan, mengikut pilihan anda. Layari Bjak untuk maklumat lanjut.