Insurans Kereta Konvensional vs Takaful Kereta

Pemilik kereta di Malaysia mempunyai pilihan untuk memperbaharui insurans dengan insurans konvensional mahupun Takaful kereta.

Insurans Kereta

Written by:

Selain insurans konvensional, pemilik kenderaan juga mempunyai pilihan untuk memperbaharui insurans kereta mereka melalui takaful. 

Apa itu perlindungan Takaful?

Perlindungan takaful merujuk kepada pelan insurans yang memiliki ciri-ciri patuh syariah. Berbanding insurans konvensional, perlindungan takaful bebas daripada unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi). 

Takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional sedia ada untuk pengguna yang beragama Islam. Namun jangan salah faham, ini tidak bermakna hanya orang Islam sahaja boleh mendapatkan perlindungan Takaful, malah ia turut dibuka kepada individu bukan beragama Islam.

Ciri-ciri Takaful

Tiga ciri perlindungan Takaful

Perkongsian risiko

Risiko ditanggung oleh syarikat insurans termasuk semua pihak di bawah perlindungan takaful

Polisi bonus tiada tuntutan

Jika tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan, pemegang polisi layak menerima rebat tunai daripada syarikat takaful (sekurang-kurangnya 10%)

Patuh syariah

Mematuhi undang-undang Syariah tanpa transaksi yang meragukan. Perlindungan takaful bebas daripada unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi).

Beza antara Takaful kereta dengan Insurans Konvensional

Takaful kenderaan dikategorikan sebagai produk takaful am. Ia menyediakan perlindungan menyeluruh yang melindungi pemegang polisi dan pihak ketiga daripada kerugian dan kecederaan akibat kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. 

Berikut merupakan perbezaan antara takaful kereta dengan insurans konvensional:

Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional

Apakah hukum umat Islam menyertai Insurans Konvensional?

Berdasarkan daripada perbezaan-perbezaan di atas, ia menyatakan bahawa insurans konvensional mempunyai beberapa unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan juga masyir (judi).

Bagi umat Islam sendiri, mencari yang halal untuk dimakan atau digunakan adalah wajib dan merupakan suatu perkara yang difardukan oleh Allah.

Justeru menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK), berdasarkan kepada keputusan mengenai perbahasan tentang status insurans konvensional, ia menyatakan bahawa secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans am, insurans nyawa, serta memperomosikannya juga adalah haram kerana ia mempunyai tiga unsur seperti yang telah dinyatakan di atas.

Perlindungan manakah patut diambil?

Kedua-duanya memberikan fungsi yang sama, iaitu untuk menyediakan perlindungan buat kenderaan dari sebarang risiko seperti kemalangan, kecurian atau kebakaran. 

Namun untuk umat Islam, mereka wajib mengambil perlindungan yang tidak mempunyai unsur diharamkan oleh agama.

Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan). 

Pilihan adalah terletak di tangan anda. Anda juga boleh melihat dan memperbaharui insurans kereta mahupun takaful melalui Bjak. Semestinya harga yang terbaik dan kompetitif disediakan untuk anda pilih. Dapatkan sebut harga percuma hari ini.