Fahami Liberalisasi Tarif Insurans Motor

Bermula 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor dengan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif, dan insurans pihak ketiga kebakaran dan kecurian kenderaan.

Insurans Kereta

Written by:

Bermula pada 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor dengan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif, dan insurans pihak ketiga kebakaran dan kecurian kenderaan.

Langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor telah dilaksanakan pada 1 Julai 2017 oleh Bank Negara Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan liberalisasi insurans motor?

Liberalisasi insurans bermaksud harga produk-produk insurans/takaful motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Sebaliknya, harga akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Dengan itu, pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium atau sumbangan takaful yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.

Apakah yang dimaksudkan dengan tarif insurans motor?

Tarif adalah senarai set harga tetap yang diwujudkan di bawah akta insurans untuk menyelaraskan dan mengawal caj premium dan susunan kata polisi. 

Contohnya seperti polisi insurans/sijil takaful motor. Apabila premium/sumbangan takaful dikenakan tarif, syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insurans/sijil takaful.

Sebagai pihak berkuasa bagi institusi kewangan, BNM merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawasi kadar Tarif.

Bagaimanakah premium insurans dikira sebelum 1 Julai 2017?

Sebelum pelaksanaan liberalisasi tarif motor oleh BNM, premium insurans dikira berdasarkan jumlah perlindungan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans boleh menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami. Bergantung pada rekod tuntutan pemandu, premium yang perlu dibayar akan diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD).

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas.

Bagaimanakah premium insurans kenderaan ditetapkan mulai 1 Julai 2017?

Mulai 1 Julai 2017, dalam persekitaran yang liberal, lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium. Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong oleh faktor lain. 

Faktor-faktor ini mungkin termasuk ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan, tempoh kenderaan itu berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan (dalam kawasan yang mengalami insiden kecurian yang tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah dialami. 

Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan pemegang polisi yang akan menentukan premium. Memandangkan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menentukan profil risiko kumpulan, harga polisi motor akan berbeza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans yang lain.

Sejak bilakah Liberalisasi Tarif Motor dilaksanakan?

Fasa pertama Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran telah diperkenalkan pada 1 Julai 2016. Semasa fasa permulaan ini, penanggung insurans dan pengendali takaful diberikan fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu motor dan perlindungan tambahan yang tidak ditetapkan di bawah tarif yang sedia ada.

Mulai 1 Julai 2017, kadar premium bagi produk Motor Komprehensif; dan produk Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor akan diliberalisasikan di mana harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Walau bagaimanapun, kadar premium bagi produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada kadar tarif.

Kesan pelaksanaan Liberalisasi Tarif Motor terhadap pemilik kenderaan

Dengan liberalisasi, kadar premium tidak lagi akan ditetapkan  berdasarkan kepada model, usia dan kapasiti enjin kenderaan yang diinsuranskan.

Premium terkini akan dikenakan berdasarkan profil risiko yang diinsuranskan, misalnya seperti pemanduan yang selamat, sejarah tuntutan, dan lain-lain. Dengan penilaian subjektif ini, pasti akan terdapat perbezaan dalam premium di kalangan syarikat-syarikat insurans dan takaful.

Manfaat serta kesan pelaksanaan liberalisasi tarif motor kepada anda 

Pelaksanaan liberalisasi tarif insurans membolehkan pengguna melakukan perbandingan dengan beberapa syarikat sebelum membeli insurans.
Selepas pelaksanaan liberalisasi, pengguna kini boleh melakukan perbandingan dengan beberapa syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan insurans yang terbaik

Dengan pelaksanaan liberalisasi ini, pengguna perlu menjadi lebih bijak dengan melakukan perbandingan di antara beberapa syarikat terlebih dahulu bagi memilih perlindungan insurans mahupun takaful. Ini kerana syarikat-syarikat insurans/ pengendali takaful pastinya menawarkan premium yang berbeza meskipun untuk perlindungan yang sama selepas wujudnya liberalisasi ini.

Dengan perbandingan itu, anda sebagai pengguna bakal melihat pelbagai rangkaian produk yang pelbagai pada harga yang kompetitif akibat daripada kewujudan persaingan yang lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful.

Kesannya, anda sebagai pengguna berpeluang untuk mendapatkan perlindungan terbaik yang memenuhi keperluan insurans anda dengan kewujudan produk baharu dengan ciri yang berbeza.

Bahkan, hasil daripada perbandingan itu, anda pastinya memperoleh manfaat apabila boleh mendapatkan perlindungan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda ekoran daripada penetapan harga yang kompetitif oleh syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful.

Bagaimana untuk buat perbandingan insurans?

Untuk membuat perbandingan insurans adalah mudah. Anda boleh pergi ke laman web syarikat insurans yang diinginkan dan minta sebut harga secara online. Contoh, jika anda ingin melihat sebut harga daripada syarikat A, pergi sahaja ke laman web syarikat  A itu dan berikan maklumat ringkas yang diminta bagi menerima sebut harga. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 syarikat insurans untuk anda bandingkan supaya anda dapat menilai syarikat serta perlindungan insurans yang terbaik.

Selain itu, anda juga boleh membandingkan insurans kereta melalui MyEG, salah satu platform yang membandingkan polisi-polisi insurans kereta secara online.

Adakah pelaksanaan liberalisasi ini akan memberi kesan kepada kadar NCD sedia ada?

Tidak. Kadar NCD anda tidak anda berubah dan masih boleh dipindahkan daripada satu syarikat insurans atau pengendali takaful kepada syarikat insurans atau pengendali takaful yang lain. Anda masih layak mendapat NCD yang sepatutnya anda peroleh.

Kadar NCD untuk kereta

Selepas pelaksanaan liberalisasi, adakah polisi insurans pihak ketiga masih ditawarkan?

Ya, polisi insurans pihak ketiga masih ditawarkan kepada pengguna yang ingin membeli perlindungan insurans asas pada kadar tarif. 

Apa yang anda perlu lakukan selepas pelaksanaan liberalisasi?

Memandangkan selepas pelaksanaan liberalisasi syarikat-syarikat insurans menawarkan premium yang berbeza untuk perlindungan yang sama, jadi anda sebagai pengguna perlulah melakukan perbandingan dahulu dengan sekurang-kurangnya tiga syarikat insurans bagi melihat perlindungan dan harga terbaik.

Sekiranya anda ingin lakukan perbandingan dengan lebih mudah, gunakan sahaja platform online Bjak yang menyediakan 15 syarikat insurans yang diiktiraf untuk dipilih. Minta dulu sebut harga secara percuma dan pilih ikut keperluan kenderaan anda.

Comments are closed.