Cermin kereta retak? Ini cara anda tuntut insurans

Cermin kereta anda pecah akibat kemalangan? Atau retak kerana terkena batu? Ini cara anda tuntut insurans untuk cermin kereta.

Insurans Kereta

Written by:

Cermin kereta anda pecah akibat kemalangan? Atau retak kerana terkena batu?

Tentu perkara pertama sekali yang anda akan lakukan adalah pergi ke bengkel yang berdekatan terlebih dahulu untuk menggantikan cermin kereta yang sudah rosak. Ini cara anda tuntut insurans untuk cermin kereta.

Cara membuat tuntutan insurans cermin kereta

  1. Hantar kereta anda ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Sekiranya anda tidak pasti, segera hubungi talian awam syarikat insurans anda.
  2. Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda beritahu pekerja di bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.
  3. Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mana-mana caj pembaikan dan juga kos buruh.

Anda perlu menyediakan beberapa dokumen bagi urusan prosedur tuntutan. Dokumen in adalah keperluan bengkel yang akan membaiki cermin kereta anda. Kebiasaannya, pihak kedai yang akan berurusan terus dengan pihak insurans.

Dokumen apa yang perlu anda sediakan?

  • Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  • Salinan lesen pemilik
  • Salinan geran kereta
  • Salinan nota perlindungan insurans kereta

Adakah NCD saya akan hilang sekiranya membuat tuntutan cermin kereta?

Jawapannya bergantung kepada sama ada anda ada perlindungan tambahan cermin kereta.

Sekiranya anda ada beli perlindungan tambahan, NCD anda tidak akan hilang.

Sekiranya anda tidak beli perlindungan tambahan, NCD insurans anda akan hilang. Anda perlu membayar premium penuh bagi polisi insurans baru anda.

Apa itu perlindungan insurans cermin kereta?

Insurans cermin kereta adalah merupakan perlindungan tambahan dalam polisi insurans anda. Perlindungan ini membantu perbaiki dan menggantikan bahagian cermin kereta anda yang rosak. 

Kebiasaannya, kos yang perlu anda bayar adalah 15% daripada jumlah perlindungan caruman insurans cermin anda.

insurans cermin kereta

Peringatan: Jangan terlebih atau terkurang jumlah perlindungan

Penting untuk anda ketahui jumlah harga untuk menggantikan cermin kereta anda agar anda dapat mengagak pembayaran jumlah insurans yang berpatutan. Pastikan anda tidak terlebih atau terkurang menerima jumlah perlindungan untuk cermin kereta anda. Mengapa?

  • Sekiranya anda terlebih menerima perlindungan insurans, anda hanya membazir kerana membayar jumlah premium yang berlebihan.
  • Tetapi jika anda terkurang menerima perlindungan insurans pula, anda harus mengeluarkan duit pula untuk menggantikan cermin kereta anda sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan. Pihak insurans hanya akan menanggung kos takat jumlah yang diinsuranskan sahaja.

Layari Bjak untuk dapatkan insurans kereta anda. Buat perbandingan dengan 15 syarikat insurans dan pilih ikut keperluan anda.