Cara Dapat Insurans Harga Rendah

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan insurans dengan perlindungan yang terbaik pada harga yang menguntungkan.

Insurans Kereta

Written by:

Anda mempunyai kereta? Sebagai pemilik, anda pasti tahu bahawa anda perlu untuk memperbaharuinya setiap tahun bagi memastikan ia sah untuk digunakan di jalan raya. 

Sebenarnya, terdapat beberapa tips atau cara bagi membantu anda mendapatkan perlindungan insurans pada harga yang lebih berbaloi dan menguntungkan.

Tidak auto-renew insurans

Tahukah anda, sesetengah syarikat insurans akan menawarkan pembaharuan insurans secara automatik. Elakkan daripada membiarkan insurans anda diperbaharui secara automatik setiap tahun. Ini kerana, premium insurans yang anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran.

Pada dasarnya, syarikat insurans kereta sentiasa mengemas kini premium insurans kereta dari semasa ke semasa jadi anda perlu lakukan perbandingan di antara beberapa syarikat insurans bagi mendapatkan perlindungan yang terbaik pada harga yang lebih berbaloi. 

Renew insurans awal

Kelewatan anda untuk memperbaharui insurans sehingga melepasi tarikh tamat tempoh mungkin akan menyebabkan harga insurans anda lebih mahal. Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. Jadi, pastikan anda renew insurans sebelum tamat tempoh atau sebaiknya dua bulan sebelum tamat tempoh untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Periksa perlindungan insurans kereta anda 

Periksa perlindungan insurans supaya ia bersesuaian dengan risiko dan tahap penggunaan kereta anda

Setiap kereta pasti mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza. Jadi, sangat penting untuk membeli pakej insurans yang paling sesuai dengan kereta dan tahap penggunaan anda. Sesetengah sebut harga yang disediakan oleh penyedia insurans mungkin memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya.

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, anda sangat disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa anda membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

Bandingkan syarikat insurans

Lakukan perbandingan insurans untuk menikmati perlindungan terbaik dengan harga yang berbaloi

Setiap syarikat insurans menawarkan harga yang berbeza meskipun untuk perlindungan yang sama. Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta. Jadi sebagai pengguna, anda perlu mengambil masa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli perlindungan insurans untuk kereta anda.

Jadi pengguna yang bijak

Sebagai pengguna, anda pastinya ingin mendapatkan perlindungan insurans terbaik pada harga yang menguntungkan.

Kini, anda boleh menggunakan platform Bjak untuk mendapatkan perlindungan insurans yang sempurna dengan penjimatan yang lebih banyak. Dengan melakukan perbandingan antara 15 syarikat insurans yang disediakan, anda bakal memperoleh penjimatan sehingga RM480 untuk insurans kereta. Dapatkan dulu sebut harga percuma hari ini.